awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Lee nantikan untuk muktamadkan dua rangka kerja kerjasama dengan Malaysia

Bernama
Bernama
23/08/2022
15:33 MYT
PM Lee nantikan untuk muktamadkan dua rangka kerja kerjasama dengan Malaysia
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Facebook/Lee Hsien Loong
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menantikan untuk memuktamadkan dan memeterai dua Rangka Kerja Kerjasama dalam ekonomi hijau dan digital antara republik itu dan Malaysia.
Ia telah diumumkan awal hari ini bahawa kedua-dua negara telah memuktamadkan rundingan mengenai kedua-dua Rangka Kerja Kerjasama itu.
"Dengan menyokong pertumbuhan dan pembangunan antara satu sama lain, kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk kedua-dua negara dalam bidang pertumbuhan ini," kata Lee dalam catatan terkini di Facebook beliau.
Dalam catatan yang sama, beliau menyambut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana hari ini, dalam lawatan rasminya ke Singapura.
"Menteri Kanan Azmin dan saya membincangkan kemajuan dalam kerjasama ekonomi kami dalam bidang dua hala dan pelbagai hala, termasuk dalam bidang baharu seperti ekonomi hijau dan digital," tulisnya dan melampirkan foto beliau dan Mohamed Azmin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata Rangka Kerja Kerjasama itu menjadi asas kepada inisiatif dua hala pada masa depan berkaitan dengan ekonomi digital dan hijau.
Malaysia dan Singapura turut bersetuju untuk berusaha ke arah menandatangani kedua-dua Rangka Kerja Kerjasama pada akhir 2022, menurut MITI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Lee
#Lee Hsien Loong
#Perdana Menteri Singapura
#Rangka Kerja Kerjasama
#ekonomi
#Malaysia
#ekonomi hijau dan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan