awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM May patut belajar bagaimana Liverpool menang di Eropah - Jeremy Corbyn

Nailah Huda
Nailah Huda
08/05/2019
23:40 MYT
PM May patut belajar bagaimana Liverpool menang di Eropah - Jeremy Corbyn
May masih berusaha untuk mendapatkan sebulat suara daripada ahli parlimen mengenai perjanjian Brexit yang masih tidak dapat dimuktamadkan. Foto - Astro AWANI.
KEJAYAAN Liverpool menundukkan Barcelona terbukti mengejutkan kalangan peminat sukan bola sepak, hingga ia dijadikan contoh pada sidang Parlimen United Kingdom (UK) baru-baru ini.
“Memandangkan Liverpool memberi persembahan hebat malam semalam, mungkin Perdana Menteri boleh ambil iktibar bagaimana Jurgen Klopp (jurulatih Liverpool) mendapat kejayaan hebat di Eropah,” kata ketua pembangkang dan pemimpin Labour Party, Jeremy Corbyn.
Sindiran Corbyn kepada May jelas membabitkan kegagalannya untuk mendapat kata putus mengenai perjanjian Brexit.
Pada Rabu, Liverpool mengalahkan juara Sepanyol, Barcelona 4-0 di Anfield untuk mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah.
BACA: Gema luar biasa "You'll Never Walk Alone" di Anfield
Membalas kepada komen Corbyn, perdana menteri Theresa May berkata bahawa persembahan tersebut boleh menjadi contoh untuk ahli parlimen mendapat sebulat suara mengenai perjanjian Brexit.
“Saya pula rasa kemenangan Liverpool ke atas Barcelona semalam menunjukkan bahawa apabila semua menganggap ia sudah selesai, pihak Eropah menguasai permainan dan ia masa untuk mengakui kekalahan, sebenarnya masih ada peluang untuk berjaya jika semua berganding bahu,” jawab Theresa May.
Susulan itu, May disoal beberapa ahli Parlimen sama ada beliau akan menyokong keputusan untuk mengadakan referendum kedua, namun menjawab bahawa beliau masih tegas mengutamakan keputusan referendum pertama pada Jun 2016.
May masih berusaha untuk mendapatkan sebulat suara daripada ahli parlimen mengenai perjanjian Brexit yang masih tidak dapat dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Brexit
#Jeremy Corbyn
#jurgen klopp
#Liverpool
#Parlimen
#Theresa May
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan