awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Peru letak jawatan, sekali lagi cetus ketidaktentuan politik

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2022
01:45 MYT
PM Peru letak jawatan, sekali lagi cetus ketidaktentuan politik
Pedro Castillo (depan kanan) berjalan bersama Anibal Torres (kiri) dan anggota Kabinetnya di luar istana kerajaan di Lima, Peru, 8 Mac 2022. - Gambar fail AP
PERDANA Menteri Peru, Anibal Torres menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Rabu, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan politik di negara itu.
Torres merupakan perdana menteri keempat di bawah pemerintahan Presiden Pedro Castillo, mengangkat sumpah jawatan pada Februari lalu.
Sebelum menjadi perdana menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kehakiman di bawah pentadbiran Castillo.
Menerusi perkongsian di Twitter, Torres berkata, beliau akan melepaskan jawatan tersebut selepas berkhidmat bersama Castillo bagi mempertahankan hak-hak "orang yang dilupakan."
Berdasarkan undang-undang negara itu, Castillo berhak menerima atau menolak peletakan jawatan tersebut namun masih belum menyatakan pendiriannya.
Perkembangan terkini itu mengeruhkan lagi keadaan politik di Peru dengan Castillo ketika ini sedang disiasat berhubung lima pendakwaan.
Empat daripadanya berkaitan tuduhan rasuah dan satu merupakan dakwaan plagiarisme dalam tesis sarjananya yang dibentangkan pada 2012.
Sementara itu, suruhanjaya yang diluluskan kongres sedang menyiasat dakwaan penipuan dalam pilihan raya presiden.
Dakwaan penipuan tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh pihak berkuasa pilihan raya dan pemerhati bebas.
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#Perdana Menteri
#Peru
#Anibal Torres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan