BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Kemboja pada Khamis, dengan matlamat memperdalam kerjasama dan menjalin era baharu hubungan dua hala.
Selepas memegang jawatan pada 22 Ogos, Srettha akan mengadakan pertemuan pertamanya dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet dalam kapasitinya sebagai perdana menteri.
Jurucakap Kerajaan Thailand Chai Wacharonke menekankan bahawa lawatan itu merupakan komponen penting dalam lawatan pengenalan Srettha ke negara-negara ASEAN.
Lawatan itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan pemimpin dengan pemimpin, menandakan pengambilalihan jawatan perdana menteri oleh kedua-dua pemimpin.
"Mereka akan berdialog mengenai kerjasama ekonomi demi kepentingan rakyat kedua-dua negara, terutamanya peningkatan jumlah perdagangan bersama kepada US$15 bilion (RM70.58 bilion) menjelang 2025.
"Kedua-dua perdana menteri juga dijangka membincangkan penaiktarafan tempat lintasan sempadan Thailand-Kemboja, pembangunan pengangkutan kereta api dan promosi pelancongan sempadan termasuk pengenalan pas sempadan pengangkutan darat sementara bagi memudahkan pelancong yang melakukan perjalanan tanpa pasport," menurutnya dalam satu kenyataan.
Chai menyebut bahawa Srettha juga akan membincangkan pembangunan kawasan sempadan dan isu berkaitan, seperti jenayah transnasional, pembersihan periuk api dan penipuan pusat panggilan.
"Perdana menteri juga akan terlibat dalam perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Kemboja mengenai kerjasama buruh, keselamatan tenaga, interaksi antara rakyat, kerjasama teknikal dan kerjasama untuk pembangunan antara Thailand dan Kemboja," tegas beliau.
Dalam pada itu, Kementerian Luar menyatakan lawatan itu akan menandakan permulaan lembaran baharu dalam perkongsian kukuh antara Thailand dan Kemboja di bawah kepimpinan perdana menteri yang baru dilantik.
"Lawatan rasmi itu akan mengesahkan semula komitmen mereka untuk memperkukuh persahabatan sedia ada dan kerjasama erat dalam semua dimensi, khususnya kerjasama ekonomi yang lebih erat dan pembangunan kawasan sempadan, bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara," jelas kementerian itu.
Hun Manet mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kemboja yang baharu untuk tempoh lima tahun (2023-2028) bulan lepas selepas memenangi undi percaya di parlimen.
Hun Manet, 45, menggantikan bapanya Hun Sen yang berusia 71 tahun, yang meletak jawatan selepas memegang jawatan itu selama lebih 38 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
Srettha akan mengadakan pertemuan pertamanya dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet dalam kapasitinya sebagai perdana menteri. - Reuters
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia sedia teruskan dasar Thailand sedia ada - PM
Malaysia menyatakan kesediaan untuk meneruskan momentum dan dasar yang sebelum ini ditetapkan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Parlimen Thailand pilih Perdana Menteri baharu esok
Parlimen Thailand akan bersidang pada Jumaat ini bagi mengadakan mesyuarat khas memilih perdana menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Thailand lucut jawatan PM Srettha Thavisin
Keputusan itu diputuskan dengan 5-4 dengan lima hakim menyokong aduan dikemukakan manakala empat menolak.
PM Thailand Srettha tidak akan hadir untuk keputusan di Mahkamah Perlembagaan esok
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tidak akan hadir apabila Mahkamah Perlembagaan pada Rabu menyampaikan keputusan mengenai pelantikan seorang menteri Kabinet yang mempunyai rekod jenayah.
Tesla batal rancangan bina kilang EV di Thailand, Malaysia, Indonesia - Laporan
Keputusan itu susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember.
PM Srettha, kerajaan Thailand pantau rapat krisis Asia Barat
Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.
Malaysia-Thailand tunjuk isyarat jelas mahu percepat pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kesepakatan Malaysia dan Thailand memberi isyarat jelas bahawa kedua-dua negara mahukan pertumbuhan ekonomi kawasan itu berjalan pantas.