Pemimpin junta Jen Prayuth Chan o-chan pada Isnin mengisytiharkan pemerintahan tentera Thailand berakhir apabila kabinet awam baharu dijangka mengangkat sumpah esok.
Lebih empat bulan selepas Pilihan Raya Umum pada 24 Mac lepas, kabinet baharu akan mengangkat sumpah di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn esok di Istana Dusit.
Ini menandakan tempoh Majlis Kebangsaan untuk Perdamaian dan Perintah (NCPO) akan berakhir iaitu NCPO dan kabinet akan melepaskan tugas mereka esok.
Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di televisyen, Ketua NCPO itu berkata Thailand kini ditadbir sepenuhnya sebagai sebuah negara demokrasi dengan monarki berperlembagaan dan ahli Parlimen yang dipilih dan kerajaan yang disahkan oleh Parlimen.
Lima tahun selepas beliau merampas kuasa pada Mei 2014, Prayuth berkata Thailand telah menghidupkan kembali integriti dan prestijnya sebagai negara yang kompetitif, hab pelaburan dan destinasi pelancongan utama.
Beliau berkata kerajaan tentera juga menerima pengiktirafan antarabangsa dalam bidang seperti kemudahan menjalankan perniagaan di negara itu, ketelusan, daya saing, penerbangan awam, memerangi perdagangan manusia, buruh asing dan perikanan.
"Enam hingga tujuh tahun yang lalu, Thailand dianggap sebagai negara di ambang kejatuhan. Kita telah membuktikan bahawa dengan tekad dan kekuatan, kita dapat menghidupkan semula integriti dan prestij, undang-undang dan perintah serta faktor lain yang menaikkan nama negara...Kita telah menunjukkan kepada dunia, kekuatan perpaduan kita dan keindahan budaya kita yang unik.
"Thailand kini adalah negara demokrasi sepenuhnya. Beberapa hak dan kebebasan dipelihara oleh perlembagaan selaras dengan norma-norma antarabangsa sedia ada dan masalah yang belum selesai akan diselesaikan melalui proses demokrasi tanpa sebarang kuasa khas," katanya.
Minggu lepas, Raja Maha Vajiralongkorn memberi perkenan barisan kabinet awam baharu Prayuth hasil gabungan 19 parti.
Prayuth dijangka mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya di Rumah Kerajaan selepas upacara angkat sumpah.
Sebagai ketua NCPO dan Perdana Menteri kepada kerajaan yang memerintah pada hari terakhirnya, Prayuth juga mengucapkan selamat berpisah dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Thailand dan pegawai kerajaan yang telah memberi kerjasama penuh dengan NCPO
Beliau juga berharap rakyat Thailand dan semua pegawai kerajaan agar terus memberi kerjasama penuh dengan kerajaan baharu.
Prayuth dijangka menyampaikan kenyataan dasar mulai 25 hingga 27 Julai.
"Dari situ, kami akan menangani cabaran utama yang dihadapi negara termasuk Bajet 2020, isu ekonomi teras, harga barangan dan hasil pertanian, masalah sosial, isu berkaitan taraf hidup, kebajikan negeri dan pembangunan kualiti kehidupan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Prayuth berharap rakyat Thailand dan semua pegawai kerajaan agar terus memberi kerjasama penuh dengan kerajaan baharu. (Foto AP/Fail)
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.
Mohd Azmawi dijangka angkat sumpah ADUN Nenggiri 21 Nov
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ADUN kawasan itu pada 21 Nov ini.
Hasnah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan serta taat setia sebagai Hakim Besar Malaya.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Yahya Afridi angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Pakistan
Presiden Asif Ali Zardari mengendalikan upacara angkat sumpah itu yang diadakan di Rumah Presiden di Islamabad.
Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN Mahkota
ADUN Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.
Thailand: Paetongtarn dan jemaah menteri angkat sumpah
Paetongtarn mengetuai para menteri dalam upacara mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen
Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.