awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poland kerah pesawat pejuang selepas Rusia lancar ratusan serangan ke atas Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2025
08:45 MYT
Poland kerah pesawat pejuang selepas Rusia lancar ratusan serangan ke atas Ukraine
Serangan menyasarkan sembilan wilayah termasuk Dnipro dan Kyiv, menyebabkan tiga maut dan puluhan cedera, dengan kerosakan besar pada infrastruktur awam dan kawasan kediaman. -Gambar fail/Reuters
WARSAW: Tentera Udara Poland mengerahkan pesawat pejuang ke ruang udara barat negara itu awal pagi Sabtu selepas Rusia melancarkan serangan udara berskala besar ke atas Ukraine.

Ringkasan AI
  • Tentera Udara Poland mengerahkan pesawat pejuang ke ruang udara barat negara itu sebagai langkah berjaga-jaga selepas Rusia melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Ukraine melibatkan lebih 580 dron dan 40 peluru berpandu.
  • Serangan menyasarkan sembilan wilayah termasuk Dnipro dan Kyiv, menyebabkan tiga maut dan puluhan cedera, dengan kerosakan besar pada infrastruktur awam dan kawasan kediaman.
  • Ukraine berjaya menembak jatuh majoriti drone dan peluru berpandu, manakala Presiden Zelenskyy menggesa sekutu Barat mempercepat penghantaran sistem pertahanan udara dan mengenakan sekatan tambahan terhadap Rusia.

Serangan dilapor melibatkan lebih 580 dron dan 40 peluru berpandu dan menyasarkan kawasan berhampiran sempadan Poland.
Menurut kenyataan rasmi Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, serangan berlaku dalam dua gelombang sepanjang malam dan menyasarkan infrastruktur awam, kilang pembuatan, serta kawasan kediaman di sembilan wilayah termasuk Dnipro, Chernihiv, Khmelnytskyi dan Kyiv.
Tiga dilaporkan terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan.
Di Dnipro, sebuah bangunan pangsapuri dilaporkan musnah akibat peluru berpandu yang membawa muatan kluster, menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang cedera.
Serangan turut menyebabkan kerosakan besar di kawasan perumahan dan kenderaan awam.
Tentera Udara Ukraine memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara telah berjaya menembak jatuh 552 dron dan 31 peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jelajah.
Serangan ini menandakan perubahan taktik Rusia yang kini melancarkan serangan udara secara besar-besaran berbanding jumlah kecil pada fasa awal perang.
Pihak berkuasa Poland menyatakan bahawa pesawat pejuang digerakkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan ruang udara negara itu, memandangkan beberapa serangan berlaku berhampiran sempadan barat Ukraine.
Tiada pelanggaran ruang udara Poland dilaporkan setakat ini.
Zelenskyy sekali lagi menggesa sekutu Barat untuk mempercepatkan penghantaran sistem pertahanan udara dan mengenakan sekatan tambahan terhadap Rusia.
“Ukraine telah membuktikan keupayaan mempertahankan diri dan Eropah, tetapi untuk perlindungan yang kukuh, kita mesti bertindak bersama,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Topic Berkaitan
#Rusia
#serangan udara
#Ukraine
#Tentera Udara Poland
#pesawat pejuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan