awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Australia tingkatkan tahap keselamatan ke peringkat tertinggi

Bernama
Bernama
20/01/2015
05:25 MYT
Polis Australia tingkatkan tahap keselamatan ke peringkat tertinggi
Polis Australia memetik kejadian keganasan di seluruh dunia sebagai alasan untuk tingkatkan tahap amaran. - Foto AFP
Agensi Keselamatan Dalam Negeri Australia telah meningkatkan tahap ancaman pengganas terhadap polis ke tahap tertinggi.
Tahap ancaman daripada peringkat sederhana kepada tertinggi itu bagi pegawai polis di negeri New South Wales, Australia Barat, Queensland, Wilayah Utara dan Australia Selatan setelah menyedari bahaya yang mereka hadapi selaku responder pertama.
Polis Persekutuan Australia mengeluarkan kenyataan pagi ini, memetik kejadian keganasan baru-baru ini di seluruh dunia sebagai alasan untuk meningkatkan tahap amaran itu.
"Faktor-faktor yang membawa kepada tahap ancaman keganasan ke peringkat tertinggi di Australia pada September 2014 berterusan dan keselamatan persekitaran yang semakin kompleks dan mencabar," kata kenyataan itu.
Katanya insiden baru-baru ini di Perancis, Kanada dan Australia "adalah satu peringatan serius tentang risiko yang berkaitan dengan kepolisan".
Polis Australia berkata walaupun bilangannya kecil, tapi jumlah warga Australia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas di luar negara semakin meningkat, yang mempunyai tujuan dan berkeupayaan melakukan serangan terhadap mereka.
"Saya yakin bahawa pegawai kami telah dilatih dan mereka dilengkapi serta berupaya melaksanakan tugas melindungi masyarakat," katanya.
Topic Berkaitan
#ancaman keselamatan
#Australia
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan