awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial

Bernama
Bernama
28/12/2025
21:00 MYT
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Garis panduan itu akan membantu penyiasat mengesahkan bukti digital serta membina kes yang lebih kukuh. - Gambar hiasan/Reuters
MANILA: Polis Kebangsaan Filipina (PNP) akan melaksanakan protokol baharu berkaitan pengendalian bukti media sosial dalam kes jenayah susulan pengeluaran garis panduan oleh Mahkamah Agung berhubung pembuktian pemilikan atau kawalan akaun dalam talian, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Pemangku Ketua PNP Leftenan Jeneral Jose Melencio C. Nartatez Jr. berkata dalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa garis panduan itu akan membantu penyiasat mengesahkan bukti digital serta membina kes yang lebih kukuh.
"Bagi siasatan yang sedang berjalan, kami akan meneliti bukti digital dengan lebih teliti, manakala kes-kes akan datang akan dikendalikan secara lebih sistematik dan telus khususnya melibatkan hantaran media sosial," katanya.
Terdahulu, Mahkamah Agung menggariskan tujuh panduan, termasuk pengakuan penulisan, akses akaun, corak bahasa, forensik peranti serta konsistensi hantaran, selepas mengekalkan sabitan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah mengganggu bekas teman wanitanya berulang kali melalui Facebook.
Nartatez berkata keputusan itu mengukuhkan prinsip proses sewajarnya dalam era digital.
"Sekarang, seseorang tidak lagi boleh disabitkan semata-mata berdasarkan tangkap layar atau hantaran yang mungkin palsu atau digodam.
"Ia memastikan penguat kuasa undang-undang dan mahkamah mematuhi prosedur yang jelas, sekali gus meningkatkan kepercayaan awam terhadap sistem keadilan," katanya.
Susulan garis panduan yang ditetapkan mahkamah tertinggi itu, Ketua PNP mengarahkan semua unit polis mengguna pakai panduan berkenaan sebagai prosedur standard, manakala unit siber dilengkapi dengan peralatan bagi mengesan serta memelihara bukti dalam talian.
PNP juga sedang bekerjasama dengan platform media sosial utama bagi mempercepat proses pengesahan akaun.
Nartatez turut menggesa orang ramai melaporkan jenayah dalam talian mengikut saluran yang betul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#polis filipina
#media sosial
#kes jenayah
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan