awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2024
03:00 MYT
Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak termasuk jenayah rogol pada Jumaat. - Foto REUTERS
BANDAR MEXICO: Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak-kanak termasuk jenayah rogol pada Jumaat.
Pendakwa raya memaklumkan operasi menyelamat telah dijalankan di sebuah kawasan pertanian Oratorio yang terletak 78 kilometer ke tenggara Bandar Guatemala.
Sebelum ini, amalan mazhab Yahudi Lev Tahor menimbulkan kontroversi dan kebimbangan ramai selepas dakwaan serupa pernah dilaporkan.
Nancy Paiz, seorang pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Raya Guatemala bagi Kes Pemerdagangan Manusia, dalam sidang media memberitahu pihaknya memiliki bukti berlaku kes eksploitasi terhadap kanak-kanak.
"Berdasarkan kenyataan pengadu, bukti yang diperoleh, dan pemeriksaan perubatan, kami dapat membuktikan, terdapat bentuk pemerdagangan manusia terhadap kanak-kanak ini, seperti perkahwinan secara paksaan, penderaan dan jenayah berkaitan," katanya.
Komuniti penganut Lev Tahor ditubuhkan pada tahun 1988 di Israel, mengamalkan ajaran agama Yahudi yang ketat dengan tafsiran undang-undang Yahudi melibatkan sesi doa panjang dan perkahwinan yang diatur.
Untuk info, Lev Tahor ('Hati Murni' dalam bahasa Ibrani) berdepan pelbagai dakwaan termasuk kes penculikan, perkahwinan kanak-kanak dan penderaan fizikal sejak ditubuhkan pada tahun 80-an.
Konumiti Yahudi di Guatemala dalam satu kenyataan berkata, sekte atau mazhab itu asing bagi organisasi mereka dan dengan itu menyatakan sokongan terhadap pihak berkuasa Guatemala menjalankan siasatan yang diperlukan "untuk melindungi nyawa dan integriti kanak-kanak serta kumpulan yang mungkin terdedah kepada risiko".
Sementara itu, pihak berkuasa Guatemala memaklumkan kanak-kanak dan remaja tersebut kini berada di bawah perlindungan kerajaan dan siasatan masih diteruskan.
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#rogol
#Yahudi
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan