LIVERPOOL: Polis United Kingdom (UK) mengisytiharkan insiden letupan melibatkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool pada Isnin sebagai serangan penganas.

Berdasarkan siasatan, pihaknya percaya seorang lelaki yang memasuki kenderaan dilengkapi alat letupan.

Akibat kejadian, seorang terkorban manakala pemandunya dimasukkan ke hospital akibat cedera.

Insiden letupan itu berlaku beberapa minit sebelum rakyat Britain bertafakur bagi hari peringatan pejuang perang yang diadakan setiap tahun.

Pihak polis belum menyimpulkan sama ada kejadian itu berkait dengan hari berkenaan ataupun berlaku disebabkan ancaman penganas.

BACA: Tiga ditahan susulan insiden kereta meletup di hospital Liverpool

Polis turut masih mengikuti rapat perkembangan terkini berkenaan kejadian itu.