Polis pada Khamis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air kepada ribuan penunjuk perasaan yang cuba mengganggu proses pendaftaran bagi pilihan raya umum Thailand 2 Feb tahun depan .
Ramai penunjuk perasaan yang berkumpul di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) cedera dalam pertempuran di pusat pendaftaran Stadium Thai-Jepun di Dindaeng. Tiga anggota polis turut tercedera.
Setakat pukul 11.20 pagi, keadaan menjadi bertambah buruk dan pihak penguatkuasaan polis dihantar ke kawasan itu.
Para penunjuk perasaan datang ke stadium itu seawal pukul 7 pagi terutama dari kawasan perhimpunan utama mereka di Monumen Demokrasi di Avenue Ratchadumnoen Avenue.
Mereka datang ke stadium setiap hari sejak Isnin, datang di sebelah pagi dan bersurai di sebelah petang.
Proses pendaftaran yang bermula Isnin akan berakhir esok. Hari ini merupakan cabutan undi untuk menentukan kedudukan parti di atas kertas undi.
Cabutan jumlah senarai calon parti bermula 8.30 pagi dan parti pimpinan perdana menteri sementara Yingluck Shinawatra, Pheu Thai adalah nombor 15 di kertas undi.
Parti Chart Pattana, parti bekas kerajaan campuran berada di atas dan parti Phum Jai Thai Party (bekas parti pembangkang) di senarai keenam.
Sebanyak 30 parti menyertai cabutan untuk menentukan senarai calon parti.
Tiga parti menarik diri dan satu mengalami masalah dokumen. Parti utama pembangkang parti Demokrat memboikot pilihan raya.
Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan PDRC dikatakan berarak ke rumah Yingluck bagi memaksa beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri sementara.
Namun beliau tiada di rumah kerana sedang berada di Chiangmai, di bahagian utara Thailand yang merupakan kubu kuat partinya dan abangnya bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
Bernama
Thu Dec 26 2013
Reaksi penunjuk perasaan di Stadium Thai-Jepun, Dindaeing iaitu lokasi proses pendaftaran bagi pilihan raya umum Thailand setelah polis melepaskan gas pemedih mata. -- fotoBERNAMA
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang
Pengharaman Thai Raksa Chart hampir memusnahkan peluang parti pembangkang untuk menang pilihanraya dalam usaha menewaskan parti sekutu junta yang memimpin Thailand sejak 2014.