Polis Thailand menahan seorang lelaki dan melumpuhkan cubaan menyeludup 508 kilogram (kg) dadah sintetik jenis 'ice' bernilai sekurang-kurangnya 1 bilion Baht (kira-kira RM125 juta) ke Malaysia dari Laos.
Ketua Polis Thailand, Jen Chaktip Chaijinda yang membuat pengumuman mengenai rampasan itu, berkata nilai dadah tersebut boleh mencecah 10 kali ganda kepada 10 bilion Baht (RM1.25 bilion) jika ia berjaya menembusi pasaran yang tinggi di Eropah dan beberapa negara lain.
"Sumber dadah ini daripada kumpulan Wa (kumpulan etnik pribumi) di Laos dan diseludup ke Thailand sebelum diedarkan ke selatan Thailand dan Malaysia," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand di sini, hari ini.
Pemangku Komander Polis Wilayah Tiga Lt Jen Damrongsak Kittiprapat berkata polis merampas trak pikap yang ditinggalkan tidak jauh daripada pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah Nakhon Ratchasima, awal pagi semalam dan menjumpai dadah tersebut dalam 11 karung baja.
Suspek berusia 30 tahun itu kemudian ditahan, setelah dia meninggalkan trak pikap tersebut selepas membuat pusingan 'U' apabila melihat pemeriksaan keselamatan.
Lelaki terbabit, menurut Damrongsak, berasal dari Nakhon Phanom, sebuah wilayah di timur laut Thailand, yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Laos.
Beliau seterusnya berkata polis telah meningkatkan usaha mengesan seorang lagi lelaki, yang dipercayai bersama suspek berusia 30 tahu itu, namun berjaya melarikan diri sebaik sahaja trak pikap tersebut ditinggalkan.
Damrongsak berkata hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku beliau dan rakannya itu akan menerima 200,000 Baht (kira-kira RM25,000) untuk mengangkut dadah tersebut ke lokasi yang tidak didedahkan di bahagian tengah Thailand.
Polis masih meneruskan siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
Polis Thailand menahan seorang lelaki dan merampas 508kg dadah sintetik "Ice" di wilayah Nakhon Ratchasima semalam untuk dihantar ke selatan Thai, sebelum diseludup masuk ke Malaysia. - Bernama
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Polis Thai rampas 508kg dadah 'ice' cuba diseludup masuk ke Malaysia
Polis Thailand melumpuhkan cubaan menyeludup 508kg dadah sintetik bernilai sekurang-kurangnya 1 bilion Baht (kira-kira RM125 juta) ke Malaysia.