awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu

Bernama
Bernama
19/03/2017
23:00 MYT
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Ketua Polis Thailand Jen Chakthip Chaijinda menunjukkan pelbagai jenis senjata, peluru dan bahan letupan yang dirampas hasil serbuan terhadap sebuah rumah pemimpin 'Baju Merah' di Pathum Thani. - Foto Bernama
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberapa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
Penahanan tujuh lelaki dan dua wanita serta rampasan senjata api dipercayai ada kaitannya dengan anggota 'Baju Merah' yang dikehendaki polis.
Menurut polis, serbuan semalam ialah hasil maklumat perisikan yang membayangkan bahawa kumpulan yang bergabung dengan anggota "Baju Merah", Wuttipong Kanchathamkhun atau 'Ko Tee' merancang untuk melakukan keganasan menggunakan senjata api.
Kumpulan itu mengancam untuk melakukan keganasan jika pihak berkuasa melancarkan serbuan ke kuil Dhammakaya," kata polis dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Selama bertahun-tahun, 'Ko Tee' tidak muncul di khalayak ramai dan dipercayai bersembunyi di luar negara.
Selain senjata dan peluru tersebut, polis juga menemukan 393 pil Yaba di salah sebuah daripada rumah yang diserbu.
Dalam serbuan itu, polis merampas empat pucuk raifel M-16, senapang patah, raifel karbin, pelancar bom tangan M79 dan lapan grenad, 11 bom tangan dan hampir 6,000 butir peluru.
Serbuan yang diselaraskan itu dilancarkan di wilayah Pathum Thani, Samut Prakan, Angthong, Prachuapkhirikan, Surin, Nong Khai, Nakhon Ratchasima dan dua lagi wilayah. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#kuil Dhammakaya
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan