Sepasukan anggota polis khas Songkhla menahan seorang bekas anggota tentera Thai dipercayai bertanggungjawab menembak mati ahli perniagaan Malaysia di Hatyai 4 Dis tahun lepas.
Ketua Polis Pencegahan Khas Songkhla Kol Sompong Suwannawong berkata, bekas anggota tentera itu, Nop Insrikaew, 47 atau "Nop" ditahan di daerah Pumpin, wilayah Surat Thani petang semalam.
"Pada peringkat awal siasatan, Nop telah mengaku terhadap tuduhan membunuh, bersekongkol untuk membunuh dan memiliki senjata serta peluru tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum dibuang tugas sebagai anggota tentera dan melarikan diri ke wilayah Surat Thani, suspek pernah bertugas di tiga wilayah selatan Thai.
Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Dis tahun lepas, ahli perniagaan Malaysia itu Lee Ah Han, 54, ditembak mati ketika sedang memandu sebuah kereta mewah di jalan raya berhampiran Kampung Pruk, Hatyai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.
Kereta mewah dipandu Lee atau dikenali sebagai "Ali Baba" ditembak menggunakan senjata M-16, yang turut menyebabkan isterinya, Mayuree Thipmani cedera parah.
Lee merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal di sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Danok, Sadao yang turut menjadi orang tengah dalam urusan jual-beli tanah di Danok melibatkan ahli perniagaan Malaysia.
Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn dilaporkan berkata sebelum ini, maklumat perisikan polis mendapati mangsa mempunyai masalah hutang sebanyak 35 juta Baht (RM1=7.8Baht) yang dibayar menggunakan cek tendang.
Susulan daripada kejadian itu, pihak polis Thai telah mengeluarkan waran tangkap terhadap tujuh orang termasuk dua yang disyaki mengupah suspek serta seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang tidak didedahkan identitinya.
Bernama
Wed Jul 06 2016
Polis Thailand menahan seorang bekas anggota tentera negara itu dikenali sebagai "Nop" atau Nop Insrikaew, 47, yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ahli perniagaan Malaysia di Hatyai pada 4 Dis tahun lepas. - Gambar Bernama
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Polis Thai tahan lelaki disyaki tembak ahli perniagaan M'sia di Hatyai tahun lepas
Sepasukan anggota polis khas Songkhla menahan seorang bekas anggota tentera Thai dipercayai bertanggungjawab menembak mati ahli perniagaan Malaysia di Hatyai 4 Dis tahun lepas.
Ahli perniagaan Malaysia mati ditembak: Siasat segera - Adik
Adik kepada ahli perniagaan Malaysia yang ditembak berpuluh-puluh kali sehingga mati di Hatyai Jumaat lalu mahu Polis Thailand kemuka bukti berhubung dakwaan abangnya dibunuh kerana berhutang.
Ahli perniagaan Malaysia dibunuh kerana hutang RM4.11 juta - Polis Thai
Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia Lee Ah Han di Hatyai semalam adalah kerana perselisihan perniagaan melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta).