awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun

Bernama
Bernama
20/03/2025
09:32 MYT
Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun
Australia Barat mencatat kadar pertumbuhan penduduk terpantas, meningkat 2.5 peratus dalam setahun. - Gambar hiasan/AP
POPULASI Australia meningkat sebanyak 1.8 peratus dalam tempoh setahun sehingga 30 Sept 2024, menurut data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Australia pada Khamis.
Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 Sept tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut Ketua Demografi Beidar Cho, pertambahan itu merangkumi 379,800 orang melalui migrasi luar negara, yang terus menunjukkan trend penurunan dalam suku tahun kebelakangan ini.
Sementara itu, pertumbuhan semula jadi -- iaitu perbezaan antara kelahiran dan kematian -- menyumbang kepada peningkatan 104,200 orang, turun tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam tempoh itu, sebanyak 291,200 kelahiran dan 187,000 kematian direkodkan.
"Australia Barat mencatat kadar pertumbuhan penduduk terpantas, meningkat 2.5 peratus dalam setahun.
"Ia diikuti oleh Victoria dengan kenaikan 2.1 peratus dan Queensland yang meningkat 2.0 peratus," kata Cho.
Pulau Tasmania mencatat pertumbuhan penduduk paling rendah dalam tempoh 12 bulan, dengan peningkatan hanya 0.3 peratus, menurut laporan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#populasi
#Australia
#demografi
#kadar kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan