awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi orang utan Borneo menuju kepupusan, kata pakar konservasi

Agensi
Agensi
09/07/2016
02:22 MYT
Populasi orang utan Borneo menuju kepupusan, kata pakar konservasi
Orang utan Borneo semakin terancam kerana terus ditekan dengan pelbagai faktor pemusnah. - Gambar hiasan
Orang utan Borneo di ambang kepupusan manakala yu paus dan yu tukul kini termasuk dalam spesies yang yang dikhuatiri akan pupus, ujar badan konservasi pada Jumaat.
Pengumuman yang dibuat Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) itu merupakan kemas kini kepada ‘senarai merah’ spesies terancam, sambil menyatakan bahawa faktor tekanan daripada manusia menjerumuskan tiga spesies berkenaan lebih dekat kepada kemusnahan, lapor AFP.
“Adalah sangat mengejutkan untuk melihat bilangan spesies utama itu menjunam ke arah kepupusan,” kata Ketua Program Spesies Global IUCN, Jane Smart.
Menurut IUCN, orang utan Borneo, dan juga orang utan Sumatera yang merupakan kumpulan primat besar Asia, telah beralih dari kelas ‘terancam’ kepada ‘kritikal terancam’. Itu adalah satu langkah sebelum menjadi pupus.
"Orang utan terus menjadi mangsa pemburuan dan dihalau dari habitatnya. Kehilangan spesies yang lambat membiak ini semakin besar ia semakin sukar untuk diatasi,” kata penilai spesies IUCN, Erik Meijaard dalam satu kenyataan.
Kira-kira 100,000 orang utan dianggarkan masih tinggal di Borneo yang merangkumi malaysia, Brunei dan Indonesia. Jumlah itu berkurangan daripada 288,500 ekor pada tahun 1973, dan dijangka jatuh ke jumlah 47,000 menjelang 2025.
Bilangan orang utan semakin terancam berikutan kawasan hutan hujan di pulau itu sudah banyak yang diteroka menjadi ladang sawit, ladang getah atau ladang memproses kertas.
Selain kehilangan habitat, kaji selidik menunjukkan bahawa 2,000 hingga 3,000 orang utan dibunuh setiap tahun oleh pemburu sepanjang empat dekad lalu.
Ancaman pembunuhan itu juga datang daripada orang kampung yang melihat haiwan tersebut sebagai makhluk perosak, dan spesies berkenaan dikhuatiri bakal pupus dalam tempoh 50 tahun jika trend itu berterusan.
IUCN juga memberi amaran mengenai yu paus dan yu tukul yang diburu nelayan yang mahukan daging dan juga siripnya, untuk dijadikan sup di beberapa bahagian di Asia.
Menjadi mangsa penangkapan ikan tanpa kawalan, ia sering terperangkap dalam jaring nelayan sewaktu menangkap ikan tuna.
Topic Berkaitan
#Borneo
#diancam kepupusan
#haiwan terancam
#kemusnahan habitat
#Orang Utan
#yu paus
#yu tukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan