Skip to main content

Dunia

Portugal, Brazil meterai MoU hasilkan pesawat tentera di Eropah

81631628094_Bersalaman.jpg
LISBON: Syarikat aeroangkasa pertahanan Portugal dan syarikat penerbangan Brazil Embraer menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mengeluarkan pesawat tentera di Eropah, lapor Xinhua.

Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu Perdana Menteri Antonio Costa dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva yang sedang mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Portugal.

Beliau berkata versi baharu pesawat A-29 Super Tucano itu akan menampilkan peralatan yang memenuhi keperluan operasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video