awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia

Bernama
Bernama
23/09/2024
23:55 MYT
Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia
Helaian setem berkenaan memaparkan seekor merpati pembawa, yang terdiri daripada pelbagai bentuk segitiga, yang menghantar surat ke seluruh dunia. - Foto info.gov.hk
HONG KONG: Pos Hong Kong mengumumkan pada Isnin bahawa satu helaian setem dan produk filateli yang berkaitan akan dilancarkan pada 9 Oktober untuk memperingati ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia (UPU), lapor Xinhua.
Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-150 penubuhan UPU.
Pos Hong Kong, sebagai anggota delegasi China, akan mengeluarkan helaian setem dan produk filateli yang bertemakan "Ulang Tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia" untuk memperingati hari istimewa itu.
Helaian setem berkenaan memaparkan seekor merpati pembawa, yang terdiri daripada pelbagai bentuk segitiga, yang menghantar surat ke seluruh dunia.
Ini melambangkan usaha UPU untuk menguatkan hubungan, komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan pentadbiran pos di seluruh dunia.
UPU ditubuhkan pada tahun 1874 dan kemudiannya menjadi agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan ibu pejabatnya di Bern, Switzerland. UPU kini mempunyai 192 anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#setem peringatan
#Ulang Tahun ke-150
#Kesatuan Pos Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan