awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'

Agensi
Agensi
04/11/2024
08:10 MYT
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo memberi komitmen untuk membina sebuah lapangan terbang di Bali Utara, khususnya di Kabupaten Buleleng. - Gambar hiasan/ Reuters
PRESIDEN Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
Beliau menyatakan perkara ini di hadapan tokoh-tokoh dan calon ketua daerah yang disokong oleh Parti Gerindra sempena Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) Bali 2024 di Kota Denpasar, Bali, pada Ahad, lapor Kompas.
Prabowo berkata, pemerintahannya komited membina sebuah lapangan terbang di Bali Utara, khususnya di Kabupaten Buleleng.
Katanya, dengan pembangunan ini, kawasan Bali Utara diharapkan menjadi pusat ekonomi seperti Singapura dan Hong Kong.
"Saya telah menyatakan komitmen saya untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Utara," katanya pada Ahad.
"Kita akan jadikan Bali mungkin sebagai Singapura baharu, Hong Kong baharu, sebagai pusat bagi kawasan ini,” tambah beliau.
Sehubungan itu, beliau menggesa calon ketua daerah Bali yang bakal terpilih untuk bekerja keras dan berani berfikir besar, walaupun dianggap mustahil oleh orang lain.
Topic Berkaitan
#Bali
#New Singapore
#New Hong Kong
#Prabowo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan