DUNIA
Prabowo setuju tubuh jawatankuasa bebas siasat insiden rusuhan

Keputusan itu diumumkan selepas pertemuan selama empat jam antara Prabowo (foto) dan wakil Gerakan Nurani Bangsa (GNB) di Istana Presiden, Jakarta, Khamis malam. -Gambar fail
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di beberapa wilayah pada Ogos lalu, susulan tekanan daripada kumpulan masyarakat sivil dan tokoh agama.
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia Prabowo Subianto bersetuju menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas susulan rusuhan Ogos yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.
- Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Gerakan Nurani Bangsa, yang menuntut penjelasan dan keadilan terhadap insiden termasuk kematian Affan Kurniawan.
- Jawatankuasa akan terdiri daripada individu profesional bebas politik dan diberi kuasa penuh untuk siasatan telus, dengan mekanisme ditentukan oleh Pejabat Presiden.
“Demonstrasi aman tidak seharusnya dipersalahkan atas rusuhan yang berlaku.
"Siasatan bebas ini penting untuk menghapuskan fitnah dan tuduhan tidak berasas,” kata bekas Menteri Agama yang mewakili GNB, Lukman Hakim Saifuddin.
Prabowo dilaporkan menyambut baik cadangan tersebut dan akan menentukan mekanisme pelaksanaan jawatankuasa itu melalui Pejabat Presiden.
Beliau turut menegaskan bahawa kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan, namun tindakan ganas seperti pembakaran bangunan awam tidak boleh dikompromi.
Antara tokoh yang hadir dalam pertemuan itu termasuk Sinta Nuriyah Wahid, Quraish Shihab, Uskup Agung Ignatius Suharyo, Bhikkhu Pannyavaro Mahathera dan paderi Jesuit Franz Magnis-Suseno.
Jawatankuasa siasatan bebas yang dicadangkan dijangka terdiri daripada individu profesional, bebas daripada kepentingan politik, dan diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas secara telus dan berkesan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami