awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pramugari Air France dijadualkan ke Iran diarah berhijab

AFP
AFP
03/04/2016
04:39 MYT
Pramugari Air France dijadualkan ke Iran diarah berhijab
Beberapa pramugari syarikat penerbangan, Air France menentang arahan syarikat apabila mereka diminta untuk menutup aurat ketika berada di Tehran, Iran. -
BEBERAPA kru syarikat penerbangan, Air France tampil menentang arahan syarikat apabila mereka diminta untuk menutup aurat ketika berada di Tehran, Iran.
Syarikat itu akan melakukan penerbangan pertama ke Iran pada 21 April ini selepas menghentikan laluan penerbangan ke negara tersebut pada 2008.
“Setiap hari ada saja panggilan daripada pramugari yang mengadu bahawa mereka tidak mahu memakai hijab," kata seorang jurucakap kesatuan SMPNC, Christophe Pillet.
Menurut Pillet, beliau juga meminta pengurusan Air France untuk menjadikan arahan itu sebagai satu pilihan sukarela.
“Pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut telah menghantar satu memo memaklumkan semua kakitangan wanita diperlukan untuk memakai seluar dan jaket longgar semasa penerbangan.
“Mereka juga diminta untuk berhijab apabila meninggalkan pesawat itu,” kata Pillet.
Menurut Pillet, kemungkinan "denda" akan dikenakan terhadap sesiapa yang tidak mematuhi kod etika pakaian itu.
Air France melaporkan bahawa semua anak kapal diwajibkan untuk menghormati undang-undang negara lain, seperti yang dilakukan oleh pelancong ke negara tersebut.
Berdasarkan undang-undang Iran, golongan wanita perlu menutup rambut mereka dengan memakai hijab ketika berada di tempat awam.
"Kewajipan ini yang tidak diguna pakai semasa penerbangan dihormati oleh semua syarikat penerbangan antarabangsa yang membuat penerbangan ke Iran," kata syarikat penerbangan itu.
Disember lalu, Air France mengumumkan penyambungan semula penerbangan Paris-Tehran selepas laluan itu dihentikan apabila Iran berhadapan dengan sekatan antarabangsa atas sasaran nuklear.
Topic Berkaitan
#Air France
#Christophe Pillet
#hijab
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan