Nampaknya tidak ada kesudahan bagi tindakan keganasan ini.

Kita sekali lagi dikejutkan dengan berita serangan bunuh diri bersiri sejak beberapa hari lepas, di hujung bulan Ramadan yang mulia.

Terkini, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan yang berlaku di Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan).

Tiada pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab ke atas tiga serangan itu, satu daripadanya di Masjid Nabawi di Madinah, mengakibatkan empat anggota pasukan keselamatan terbunuh dan yang lain cedera.

Perkara ini nyata mencetuskan kemarahan orang ramai kerana amat menyedihkan untuk menerima kenyataan bahawa Madinah – tanah paling suci bagi umat Islam - telah diserang pada bulan Ramadan.

Seperti biasa, media sosial dijadikan medium untuk melahirkan pandangan mereka.

Menerusi hashtag #PrayforMadinah, rata-rata pengguna media sosial membantah sikap Islamofobia, serta membuktikan bahawa keganasan tidak mengenali agama – negara Islam turut menjadi sasaran pengganas.

Keganasan tidak mengenali agama









Dunia kehilangan sikap perikemanusiaan