Hari ini, kita dikejutkan dengan tindakan Perancis mengebom kubu kuat kumpulan militan IS di Syria sebagai tindak balas selepas serangan terancang kumpulan itu mengorbankan 129 nyawa di Paris.

Perancis menghantar pesawat pejuangnya yang menggugurkan lebih 20 bom di kubu kuat IS di Raqa pada Ahad, sekali gus mengisyaratkan tekad kerajaannya menentang kumpulan itu.

Nampaknya, tindakan itu mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat di seluruh dunia.

Di media sosial, rata-rata pengguna menentang tindakan Perancis kerana menurut mereka keganasan tidak pernah menjadi jawapan untuk sesuatu masalah.







Kebanyakan netizen mula mempersoal sikap perikemanusian segelintir pihak menerusi hashtag #PrayforSyria.

Menurut mereka, ia tidak wajar untuk menghukum orang yang tidak bersalah untuk apa yang orang lain bertanggungjawab.




Ada juga berharap agar setiap insan di dunia ini akan mendalami keamanan serta sikap persaudaran tanpa batasan agama.