Presiden Belarus Alexander Lukashenko yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan amalan sauna dan minum vodka bagi mengelak terkena COVID-19 disahkan dijangkiti virus berkenaan.
Lukashenko sebelum ini mendakwa 'kebal' daripada jangkitan virus berbahaya itu kerana mengamalkan minum 50ml vodka setiap hari dan melakukan sauna secara kerap.
Selain itu, beliau juga menggalakkan rakyat sentiasa melakukan aktiviti sukan kerana percaya ia akan membuatkan mereka lebih sihat dan mampu melawan jangkitan.
Malah, Lukashenko sendiri masih meneruskan aktiviti bermain hoki ais bagi membuktikan dirinya kebal daripada jangkitan COVID-19.
Lukashenko pernah dipetik berkata tiada rakyatnya yang akan mati di negara itu kerana COVID-19.
Ketika ini Belarus mencatatkan hampir 70,000 kes COVID-19 dan 543 kematian.
Walaupun dirinya sudah dijangkiti, Lukashenko masih berdegil dan enggan membatalkan acara sukan terbesar di negaranya serta turut menolak untuk mengadakan perintah berkurung.
Kritikan terhadap tindakannya semakin meningkat apabila beliau dilihat meletakkan rakyatnya dalam risiko jangkitan.
Azyyati Ahmad
Wed Jul 29 2020

Alexander Lukashenko yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan amalan minum vodka dan sauna bagi mengelak terkena COVID-19 disahkan dijangkiti virus berkenaan. -Reuters

AWANI Ringkas: PKP di tujuh daerah, jajahan di Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mereka yang sudah disaring patut terus divaksin - Dr Malina
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman mencadangkan supaya mereka yang negatif ujian saringan perlu terus divaksin untuk menjimat masa dan membantu mempercepatkan proses vaksinasi kelompok.

Pendidikan kesihatan & penguatkuasaan intensif perlu untuk bendung gelombang keempat - Dr Syed Mohamed Aljunid
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid merasakan perlunya peruntukan sumber yang lebih kepada usaha mempertingkat kesedaran orang ramai bersama penguatkuasaan pematuhan SOP supaya tidak berlaku gelombang jangkitan keempat COVID-19.

MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan penuh agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.

Menteri KPDNHEP bimbang pematuhan SOP di bazar Ramadan ramai pengunjung
Seorang menteri Kabinet bimbang dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di Presint 3 di sini.

Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.

Agenda AWANI: Manfaat wakaf tunai dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Penjawat awam digalak terbabit dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji berkala dan sukarela, apakah manfaatnya? Diskusi Nazri Kahar bersama Presiden CUEPACS, Adnan Mat didalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Waspada ancaman gelombang ke-4 COVID-19
Trend nilai kebolehjangkitan COVID-19 catat angka tertinggi buat 3 hari berturut-turut dengan angka positif meningkat menyebabkan ramai yang bimbang tentang wujudnya gelombang ke-4 COVID-19 dalam negara.
![AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899786/24021815641618405470200_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Perayaan | Sambutan Tahun Baru Tamil di Perak
Pada setiap tahun, tarikh 14 April merupakan hari pertama dalam Kalendar Tamil. Perayaan Tahun Baru Tamil atau Citthirai Puthandu dianggap suci dan diraikan meriah oleh masyarakat tamil di seluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perayaan ini, wakil Astro AWANI Perak, Amirrul Rabbani Rashid ada butirannya.

Presiden Belarus sah dijangkiti selepas dakwa sauna, vodka mampu elak COVID-19
Presiden Belarus yang sebelum ini mencadangkan vodka dan sauna bagi elak COVID-19 disahkan dijangkiti virus berkenaan.