DUNIA
Presiden Brazil diuji positif COVID-19 buat kali ketiga

Pada usia 65 tahun, Bolsonaro (gambar) termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu. - Gambar fail
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif koronavirus (COVID-19), memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu.
Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau "dalam keadaan baik."
"Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif," jelas kenyataan itu.
Pada 7 Julai, Bolsonaro mengumumkan beliau positif COVID-19 selepas mengalami demam dan sejak itu presiden menjalankan tugasnya dari rumah dan tidak menghadiri acara umum.
Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami