awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakat MAINPP agih RM171.53 juta setakat 30 Nov - Mohamad

Bernama
Bernama
21/12/2025
00:45 MYT
Zakat MAINPP agih RM171.53 juta setakat 30 Nov - Mohamad
Mohamad juga yakin dapat mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM200 juta tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah mengagihkan lebih RM171.53 juta zakat setakat 30 Nov lepas, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid.
Beliau yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata jumlah itu bersamaan dengan 86 peratus daripada keseluruhan peruntukan agihan yang ditetapkan untuk tahun ini, iaitu RM199.75 juta.
"Angka itu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan dana zakat disalurkan dengan pantas dan tepat kepada mereka yang berhak.
"Ia sekali gus membuktikan ketelusan dan profesionalisme institusi zakat dalam melaksanakan amanah umat," katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kembara Zakat 2025 dan Penyerahan Sagu Hati Jawatankuasa Kariah di Masjid Al-Huda, Sungai Ara, di sini malam tadi.
Beliau juga yakin dapat mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM200 juta tahun ini, berdasarkan prestasi memberangsangkan setakat ini yang berjaya mengumpulkan RM143.45 juta, iaitu 72 peratus daripada sasaran keseluruhan hingga 30 Nov lepas.
Mohamad berkata pihaknya hanya memerlukan tambahan RM56.55 juta atau 28 peratus lagi sepanjang bulan Disember ini untuk mencapai sasaran.
"Prestasi kutipan zakat pada Disember 2024 beri petunjuk positif apabila sebanyak RM43.87 juta berjaya dikutip, kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan kutipan tahunan 2024 berjumlah RM172.86 juta," katanya.
Dalam usaha mempergiat kutipan, beliau berkata MAINPP akan melancarkan "Kempen Zakat Sprint Month" yang menawarkan peluang kepada pembayar zakat untuk memenangi hadiah utama pakej menunaikan umrah, dengan bayaran zakat serendah RM500.
Pada majlis itu, Mohamad turut menyerahkan sagu hati kepada 240 kariah di semua daerah seluruh Pulau Pinang, dengan 806 orang jawatankuasa bagi setiap kariah menerima penghargaan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM504,200.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat
#Mohamad Abdul Hamid
#MAINPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan