awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden China Xi Jinping sokong negara Palestin merdeka

Bernama
Bernama
15/06/2023
06:45 MYT
Presiden China Xi Jinping sokong negara Palestin merdeka
Xi berkata isu Palestin telah berlarutan selama lebih setengah abad dan membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat negara itu. - Gambar/ Reuters
BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik, ketika berunding di Dewan Besar Rakyat Beijing, pada Rabu.
Xi berkata isu Palestin telah berlarutan selama lebih setengah abad dan membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat negara itu.
Justeru, beliau mengemukakan tiga cadangan bagi menangani isu itu, antaranya pembinaan negara Palestin merdeka yang mempunyai kedaulatan penuh dengan berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada 1967 serta menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Di samping itu, Xi mencadangkan agar keperluan kehidupan rakyat dan ekonomi Palestin perlu diberi jaminan.
Oleh itu, masyarakat antarabangsa seharusnya menggandakan sokongan pembangunan dan bantuan kemanusiaan kepada Palestin.
Yang terakhir, beliau meminta supaya rundingan damai terus dipertahankan.
"Masyarakat antarabangsa perlu menghormati status Baitulmaqdis sebagai tempat suci agama dalam sejarah, mengelakkan kenyataan dan tindakan melampau dan bersifat provokasi, mengadakan persidangan kedamaian antarabangsa yang berskala lebih besar, berwibawa dan berpengaruh supaya dapat membina suasana kondusif bagi pemulihan rundingan damai serta membantu Palestin dan Israel hidup bersama secara damai," jelas Xi.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk berperanan positif dalam usaha mewujudkan persefahaman dalaman di Palestin dan rundingan damai.
Sementara itu, Abbas dalam ucapan berkata Palestin menyokong Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan oleh Presiden Xi.
Beliau turut memuji usaha China bagi menjayakan rundingan antara Arab Saudi dengan Iran, serta menghargai pelbagai cadangan untuk menyelesaikan isu Palestin secara adil dengan secepat mungkin.
"Palestin yakin terhadap pendirian China yang bijak serta adil dan (kami) menanti-nantikan China untuk berperanan lebih besar bagi mewujudkan persefahaman dalaman dan kedamaian di Asia Barat," tambah Abbas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#China
#Xi Jinping
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan