awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Colombia kritik OAS berdiam diri terhadap tindakan AS di Laut Caribbean

Bernama
Bernama
01/11/2025
20:00 MYT
Presiden Colombia kritik OAS berdiam diri terhadap tindakan AS di Laut Caribbean
Gustavo Petro turut mempersoal soal berat sebelah dalam pelaksanaan Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia yang ditandatangani oleh AS. - Gambar AP
BUENOS AIRES: Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Sabtu mengkritik Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) kerana berdiam diri terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) di Laut Caribbean, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Jika pentadbiran Presiden AS Donald Trump melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyerang orang awam menggunakan kekerasan yang besar dan tidak seimbang di Caribbean - dengan kata lain, melakukan pembunuhan di luar proses undang-undang seperti yang didakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - mengapa OAS tidak mengadakan sesi untuk meneliti isu pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik di Caribbean?
"Mengapa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia OAS di Washington tidak mengambil langkah berjaga-jaga? Adakah ia kerana takut terhadap kesamarataan dalam konteks Amerika?" kata Petro menerusi platform X.
Beliau turut mempersoalkan soal berat sebelah dalam pelaksanaan Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia yang ditandatangani oleh AS.
"Adakah ia hanya diterapkan terhadap negara Amerika Latin dan Caribbean, dan bukannya benar-benar bersifat menyeluruh di benua Amerika? Keabsahan OAS dan Sistem Hak Asasi Manusia Antara Amerika yang diwujudkan pada 1970-an kini sedang diuji. Sama ada kita menjadi benua negara berdaulat atau benua yang dijajah oleh sebuah empayar," katanya.
Sejak awal September, Trump telah membenarkan beberapa serangan yang menyasarkan kapal didakwa terlibat dalam pengedaran dadah di Caribbean dan Pasifik Timur. Serangan itu dilakukan ketika AS memperkukuh kehadiran tenteranya di Caribbean di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan Venezuela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Colombia
#Gustavo Petro
#OAS
#Amerika Syarikat
#Laut Caribbean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan