awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Haiti mati dibunuh

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
07/07/2021
12:00 MYT
Presiden Haiti mati dibunuh
Presiden Haiti, Jovenel Moise mati setelah ditembak oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali di kediamannya pada Rabu. - Gambar AP
PORT-AU-PRINCE: Presiden Haiti, Jovenel Moise mati dibunuh dalam satu serangan di kediamannya pada Rabu.
Manakala isterinya, Martine Marie Etienne pula dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat terkena tembakan dalam insiden itu.
Menurut laporan agensi berita AP, pemimpin tertinggi negara itu diserang oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Perdana Menteri Interimnya, Claude Joseph menyifatkan insiden itu sebagai satu serangan kebencian, tidak berperikemanusiaan dan biadap.
Sejak beberapa bulan yang lalu, landskap politik di Haiti dilaporkan mengalami ketidakstabilan yang kemudiannya membawa kepada kemelut, protes, penculikan dan jenayah terancang.
Penggal pentadbiran Moise sebagai Presiden sepatutnya berakhir pada Februari tahun depan.
Beliau yang berusia 53 tahun memegang jawatan itu lebih dua tahun selepas beberapa cubaan untuk mengadakan pilihan raya umum gagal yang seterusnya membawa kepada pembubaran Parlimen.
Dalam kemelut politik, Moise dilaporakan berdepan dengan beberapa kecaman yang memintanya untuk melepaskan jawatan tertinggi itu.
Topic Berkaitan
#Presiden Haiti
#Jovenel Moise
#Martine Marie Etienne
#Haiti
#Pembunuhan
#Presiden Haiti mati dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan