awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala

Bernama
Bernama
04/02/2026
20:45 MYT
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
Antara lain, Arab Saudi dan Turkiye juga bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan, termasuk dalam bidang teknologi digital.
DOHA: Arab Saudi dan Turkiye bersetuju untuk membangunkan kerjasama pertahanan, termasuk melalui platform kerjasama pelbagai hala, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu susulan lawatan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Arab Saudi, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Dalam aspek pertahanan dan keselamatan, kedua-dua pihak bersetuju mengenai keperluan untuk mengaktifkan perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negara dalam bidang kerjasama pertahanan.
"Mereka menegaskan hasrat untuk memperkukuh dan membangunkan hubungan pertahanan dengan cara yang memenuhi kepentingan kedua-dua negara serta menyumbang kepada pencapaian keselamatan dan kestabilan di rantau ini, termasuk melalui platform kerjasama pelbagai hala," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan, termasuk dalam bidang teknologi digital, menurut kenyataan itu lagi.
Pada Rabu, Erdogan mengakhiri lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak Julai 2023 dan beliau membincangkan konflik serantau serta kerjasama dengan Riyadh dalam sektor ekonomi, perdagangan, tenaga dan pertahanan.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#kerjasama pertahanan
#Turkiye
#kerjasama keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan