DUNIA
Presiden Iran anggap sidang kemuncak SCO peluang "bersejarah" untuk promosi multilateralisme

Menyifatkan lawatan itu sebagai "sangat penting," Pezeshkian berkata SCO telah menyediakan platform unik bagi peluasan kerjasama serantau dan antarabangsa. - Foto Reuters
TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Ahad berkata bahawa Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin merupakan peluang "bersejarah" untuk mempromosikan multilateralisme, memperluas kerjasama ekonomi dan budaya, serta meningkatkan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Ringkasan AI
- Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyifatkan Sidang Kemuncak SCO di Tianjin sebagai peluang bersejarah untuk mempromosikan multilateralisme, kerjasama ekonomi dan budaya, serta keselamatan serantau dan global.
- Beliau menegaskan penyertaan Iran mencerminkan komitmen menentang unilateralisme Barat dan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara anggota SCO.
- SCO ditubuhkan pada 2001, kini mempunyai anggota termasuk China, Rusia, India, Pakistan, Iran (2023) dan Belarus (2024).
Pezeshkian berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan negara anggota SCO sepanjang lawatan itu, sambil menyuarakan harapan agar perbincangan mereka dapat menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini dan seluruh dunia.
Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ditubuhkan pada 2001 oleh China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan dan Uzbekistan.
India dan Pakistan diterima sebagai anggota penuh pada 2017, diikuti Iran pada 2023. Belarus menjadi anggota penuh pada 2024.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami