awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Kenya terbuka tukar misi perangi keganasan ke operasi pengaman PBB di Haiti

Agensi
Agensi
22/09/2024
03:30 MYT
Presiden Kenya terbuka tukar misi perangi keganasan ke operasi pengaman PBB di Haiti
Presiden Kenya, William Ruto mengadakan lawatan ke Haiti pada Sabtu. - Gambar/ Reuters
NAIROBI: Presiden Kenya, William Ruto memaklumkan beliau terbuka untuk menukar misi memerangi keganasan kumpulan bersenjata di Haiti kepada operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ruto berkata demikian semasa lawatannya ke Haiti pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ruto mengadakan lawatan ke Haiti untuk menilai kemajuan misi Sokongan Keselamatan Multinasional (MSS), di mana Kenya memainkan peranan utama mengekang keganasan yang berleluasa
Aktiviti keganasan ini sekali gus menimbulkan kekacauan politik dan perpindahan besar-besaran sejak beberapa tahun lepas.
Mandat misi MSS, yang pertama kali diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh 12 bulan, dijadualkan tamat pada awal Oktober.
Amerika Syarikat dan Ecuador telah mengedarkan draf teks yang akan memperbaharui mandat MSS untuk 12 bulan lagi dan meminta PBB memulakan rancangan peralihan misi MSS kepada operasi pengaman PBB.
Majlis yang terdiri daripada 15 anggota dijadualkan mengundi pada 30 September mengenai pembaharuan mandat tersebut.
Selepas Majlis Keselamatan meluluskan misi MSS, Kenya menghantar sekitar 400 anggota polis ke Port-au-Prince pada bulan Jun dan Julai, daripada jumlah keseluruhan yang dijangkakan seramai 1,000 anggota.
Topic Berkaitan
#Kenya
#William Ruto
#misi pengaman PBB
#kumpulan bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan