awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet

Bernama
Bernama
25/09/2023
10:34 MYT
Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet
Seorang pegawai kerajaan berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas. -Gambar fail/AP
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengalami pendarahan hidung semasa mesyuarat Kabinet di pejabat presiden pada Isnin.
Seorang pegawai kerajaan berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas.
Yoon berada di New York dari Isnin hingga Jumaat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bertemu dengan 47 ketua negara luar, termasuk menghadiri 41 sidang kemuncak dua hala.
"Presiden mempunyai jadual kerja dua hala yang ketat di New York dan meneruskan jadual yang padat dengan menghadiri acara awam sejurus selepas pulang," lapor Yonhap memetik kenyataan pegawai itu.
Korea Selatan sedang mengambil langkah aktif, termasuk untuk membawa Ekspo Dunia 2030 ke Busan dan mengembangkan pasaran global bagi sektor perniagaan.
"Saya menekankan bahawa Ekspo Busan akan menjadi ekspo berorientasikan nilai yang akan mengubah paradigma masyarakat antarabangsa daripada persaingan kepada perpaduan," katanya.
Yoon mengetuai kempen kerajaan untuk membawa penganjuran Ekspo Dunia ke Busan.
Busan berhadapan saingan tiga penjuru dengan Riyadh, Arab Saudi dan Rom, Itali, dengan pemenang akan ditentukan melalui undian dalam kalangan negara anggota Bureau International des Expositions pada akhir November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#hidung berdarah
#mesyuarat Kabinet
#masyarakat antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan