awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan, Trump adakan sidang kemuncak pertama pada 25 Ogos

Bernama
Bernama
12/08/2025
03:50 MYT
Presiden Korea Selatan, Trump adakan sidang kemuncak pertama pada 25 Ogos
Presiden Lee Jae Myung (kanan) dan Presiden Donald Trump akan mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Washington pada 25 Ogos bagi membincangkan usaha memperkukuh pakatan dua hala serta kerjasama dalam industri berteknologi tinggi.
SEOUL: Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Washington pada 25 Ogos bagi membincangkan usaha memperkukuh pakatan dua hala serta kerjasama dalam industri berteknologi tinggi, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lee akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk lawatan tiga hari pada 24 Ogos, menandakan lawatan pertamanya ke AS sejak beliau memegang jawatan pada awal Jun, kata jurucakap presiden Kang Yu-jung kepada pemberita.
"Kedua-dua pemimpin akan membincangkan langkah memajukan pakatan Korea-AS menjadi pakatan strategik komprehensif berorientasikan masa depan, sejajar dengan perubahan landskap keselamatan dan ekonomi antarabangsa.
"Mereka juga akan membincangkan usaha mewujudkan keamanan di Semenanjung Korea, penyelarasan berhubung pelucutan senjata nuklear, di samping memperkukuh lagi postur pencegahan gabungan Korea-AS," kata Kang.
Perbincangan turut meliputi kerjasama industri dalam sektor semikonduktor, bateri dan pembinaan kapal, selain perkongsian ekonomi dalam teknologi canggih dan mineral kritikal, berdasarkan perjanjian perdagangan yang dimeterai kedua-dua negara awal bulan ini.
Sidang kemuncak itu berlangsung beberapa minggu selepas Seoul memeterai perjanjian perdagangan dengan Washington, menyaksikan pengurangan tarif daripada 25 peratus kepada 15 peratus sebagai pertukaran kepada komitmen pelaburan berjumlah AS$350 bilion, pembelian tenaga AS$100 bilion dari AS, serta kerjasama industri.
Perbincangan dijangka turut menyentuh isu-isu sensitif termasuk butiran komitmen pelaburan, masa depan pakatan ketenteraan kedua-dua negara dan penyelarasan dasar terhadap Korea Utara.
Komander Angkatan Tentera AS di Korea, Jeneral Xavier Brunson baru-baru ini menegaskan keperluan melakukan perubahan bagi mencerminkan situasi keselamatan yang berubah di Asia Timur Laut berbanding ketika pakatan itu dibentuk 75 tahun lalu.
Korea Selatan kini berusaha memperkukuh hubungan keselamatan dengan Washington ketika Korea Utara mempererat kerjasama ketenteraan dengan Rusia dan memajukan program senjata nuklearnya, sambil mengekalkan hubungan stabil dengan China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat-Korea Selatan
#Donald Trump
#Lee Jae Myung
#pakatan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan