awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Mesir arahkan sempadan Rafah-Gaza dibuka sepanjang Ramadan

Agensi
Agensi
18/05/2018
06:11 MYT
Presiden Mesir arahkan sempadan Rafah-Gaza dibuka sepanjang Ramadan
Abdel Fattah menyatakan bahawa pembukaan sempadan itu adalah untuk mengurangkan beban mereka yang berada di Gaza. - Gambar fail
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Khamis mengarahkan sempadan lintasan antara Rafah dan Semenanjung Gaza dibuka sepanjang bulan Ramadan.
Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Twitter rasminya, lapor AFP.
Sempadan dengan wilayah Palestin itu lazimnya ditutup dan hanya dibuka pada masa-masa tertentu untuk tempoh sebentar. Kali ini ia dibuka untuk tempoh paling lama.
Abdel Fattah menyatakan bahawa pembukaan sempadan itu adalah untuk mengurangkan beban mereka yang berada di Gaza.
Pada Isnin lalu, anggota tentera Israel telah membunuh berpuluh-puluh warga Palestin yang melakukan bantahan di sempadan Gaza ketika Amerika Syarikat secara rasmi membuka pejabat kedutaannya di Baitulmaqdis, sekali gus berpindah dari lokasi sebelumnya, Tel Aviv.
Kumpulan Hamas mengawal Gaza, namun tidak mempunyai kuasa di kawasan sempadan lintasan utamanya iaitu Rafah, Mesir dan Erez, Israel.
Mereka telah menyerahkan hak penjagaan kedua-dua kawasan tersebut kepada pihak berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Gaza, dalam satu perjanjian yang ditandatangani di Kaherah.
Mesir sebelum ini menutup pintu sempadan tersebut untuk tempoh yang lama selepas peningkatan insiden serangan ke atas pasukan keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai pada 2013.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Kaherah
#Mesir
#Palestin
#pelarian
#Ramadan
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan