Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina

Kes tersebut masih peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan.
KOTA BHARU: Mahkamah Syariah di negeri ini mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan tahun 2020.
Ringkasan AI
- Mahkamah Syariah Kelantan mendengar kes pertama individu menukar jantina berdasarkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
- Individu tersebut ditahan dalam operasi terhadap kelompok transgender; pendakwaan atas dakwaan pengubahan jantina masih dalam proses pengurusan.
- Undang-undang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya jika kesalahan terbukti.
Menurut beliau, kes tersebut masih peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan.
Katanya, individu tersebut dipercayai mengubah jantina tersebut pada pertengahan tahun lalu.
Sumber berkata, pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, berkaitan kesalahan mengubah jantina sendiri atau orang lain.
"Jika sabit kesalahan ia boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.
Sementara itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan perincian kes berkenaan secara terbuka.
“Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka. Dalam hal ini saya kena jaga semua pihak yang sedang diambil tindakan,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


