awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Nigeria ikrar pulihkan semua aset dan dana yang dicuri

Bernama
Bernama
28/05/2025
11:37 MYT
Presiden Nigeria ikrar pulihkan semua aset dan dana yang dicuri
Tinubu berkata pemulihan aset menjadi alat penting dalam strategi antirasuah negara yang bukan sahaja satu tindakan perundangan tetapi juga satu kewajipan moral. - Gambar fail/ Reuters
ABUJA: Presiden Nigeria Bola Tinubu pada Selasa berikrar yang pentadbirannya akan memastikan semua dana dan aset yang dicuri milik negara Afrika Barat itu akan dipulihkan dalam usaha memerangi rasuah, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Presiden Nigeria Bola Tinubu berikrar untuk memulihkan semua dana dan aset negara yang dicuri sebagai sebahagian daripada strategi antirasuah, dengan penekanan terhadap keadilan dan pemulihan kepercayaan rakyat.
  • Aset yang dipulihkan akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur penting, dan usaha ini dianggap sebagai simbol akauntabiliti serta pencegahan rasuah.
  • Sepanjang 2024, dua agensi antirasuah Nigeria berjaya memulihkan lebih US$260 juta dan ratusan aset, termasuk dana dari luar negara, menunjukkan komitmen berterusan terhadap ketelusan dan integriti kewangan.

Tinubu menyampaikan komitmen itu dalam ucapan yang dibacakan oleh Nadungu Gagare, setiausaha tetap hal ehwal politik dan ekonomi semasa pembukaan Sidang Kemuncak Kebangsaan mengenai Pemulihan Aset di Abuja, ibu negara Nigeria.
Tinubu berkata pemulihan aset menjadi alat penting dalam strategi antirasuah negara yang bukan sahaja satu tindakan perundangan tetapi juga satu kewajipan moral.
"Memulihkan dana awam yang dicuri dan mengarahkannya kepada pembangunan adalah satu bentuk keadilan dan pemulihan. Ia tentang mengembalikan kepercayaan rakyat dan memastikan setiap sen kekayaan negara dimanfaatkan untuk kebaikan bersama," kata pemimpin Nigeria itu dalam kenyataannya.
Beliau berkata kerajaan mengutamakan penggunaan aset yang dipulihkan untuk membiayai infrastruktur penting di negara itu, walaupun usaha itu berdepan cabaran.
"Pemulihan aset memberi mesej yang jelas dan tegas bahawa tiada tempat selamat untuk rasuah di Nigeria. Ia berfungsi sebagai pencegahan, simbol akauntabiliti dan alat praktikal untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap institusi awam.
"Saya ingin memberi jaminan yang pentadbiran saya komited untuk secara agresif mengejar pemulihan aset yang dicuri, memastikan setiap dana yang dijarah dikembalikan kepada rakyat Nigeria," katanya.
Tinubu berikrar untuk terus mengambil langkah berterusan bagi memperkukuh institusi dan dasar antirasuah dalam memerangi gejala itu.
Nigeria mempunyai dua agensi antirasuah iaitu Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC) serta Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICPC).
Sepanjang 2024 sahaja, kedua-dua agensi itu berjaya mendapatkan semula lebih US$105 juta, 248 bilion naira (lebih US$156.5 juta), serta 753 rumah berkembar, selain US$966,900 dan 29.6 bilion naira (lebih US$18.7 juta) dalam usaha pemulihan aset mereka.
Perkara ini didedahkan dalam sidang kemuncak itu oleh Menteri Kehakiman dan Peguam Negara Persekutuan Lateef Fagbemi.
"Nigeria berjaya membawa pulang sejumlah besar dana dari luar negara, mengukuhkan komitmen kita terhadap akauntabiliti kewangan," kata Fagbemi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#Rasuah
#aset negara
#Bola Tinubu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami