awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Serbia masuk hospital selepas alami masalah kesihatan ketika lawatan ke AS

Bernama
Bernama
04/05/2025
06:30 MYT
Presiden Serbia masuk hospital selepas alami masalah kesihatan ketika lawatan ke AS
Presiden Vucic dilaporkan mula mengalami masalah kesihatan pada petang Jumaat selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Kongres AS Claudia Tenney, bekas Gabenor Illinois, Rod Blagojevich dan beberapa wakil perniagaan. - Gambar fail/REUTERS
BELGRADE: Presiden Serbia, Aleksandar Vucic dimasukkan ke hospital di Belgrade pada Sabtu selepas terpaksa memendekkan lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat akibat masalah kesihatan, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Sebaik tiba di Belgrade, beliau dibawa ke Akademi Perubatan Ketenteraan (VMA), menurut kenyataan pejabat Presiden.
Presiden Vucic dilaporkan mula mengalami masalah kesihatan pada petang Jumaat waktu tempatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Claudia Tenney, bekas Gabenor Illinois, Rod Blagojevich dan beberapa wakil perniagaan Serbia-Amerika.
Pejabat Presiden memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatannya akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Serbia
#Hospital
#Aleksandar Vucic
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami