awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden AS "sihat untuk bertugas" - Doktor

Bernama
Bernama
17/02/2023
07:04 MYT
Presiden AS "sihat untuk bertugas" - Doktor
Dr. Kevin O'Connor berkata, Biden (gambar) mampu melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawabnya. - Gambar fail
WASHINGTON: Joe Biden diadapti dalam keadaan yang baik dan sihat untuk bertugas, menurut doktor yang membuat pemeriksaan ke atas presiden Amerika Syarikat (AS) itu pada Khamis.
Dr. Kevin O'Connor berkata: "Biden mampu melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawab..."
"Presiden Biden kekal sihat, cergas dalam usia 80 tahun dan mampu untuk melaksanakan tugas-tugas presiden termasuk sebagai Ketua Eksekutif, Ketua Negara dan Komander," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan O'Connor.
Pemeriksaan fizikal itu dijalankan di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed di Bethesda, Maryland.
"Pemeriksaan fizikal ini meliputi perundingan khusus dengan beberapa pakar perunding kami dari Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed. Ia termasuk Optometri, Pergigian, Ortopedik (Kaki dan Buku lali), Ortopedik (Tulang Belakang), Podiatri, Terapi Fizikal, Neurologi, Kardiologi, Radiologi dan Dermatologi," kata O'Connor.
Pemeriksaan fizikal itu adalah yang kedua buat Biden sebagai presiden. Beliau kali terakhir menjalani pemeriksaan fizikal pada 19 November 2021.
Biden berusia 80 tahun pada November ini, bermakna beliau akan berusia 82 tahun jika memutuskan untuk bertanding bagi penggal kedua pada 2024.
Beliau merupakan presiden tertua yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun dan akan mengatasi rekod itu jika beliau dipilih sekali lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#kesihatan
#presiden as
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan