awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria tidak patut terlibat dalam rundingan damai - Erdogan

Agensi
Agensi
27/12/2017
20:44 MYT
Presiden Syria tidak patut terlibat dalam rundingan damai - Erdogan
ERDOGAN: Bagaimana kita mahu berbincang untuk mewujudkan masa depan dengan pemimpin yang telah bertanggungjawab membunuh hampir sejuta rakyatnya? - Gambar fail
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak supaya proses rundingan damai Syria yang sedang berjalan, mengecualikan penglibatan Presiden Bashar Assad.
Erdogan tegaskan Bashar tidak layak duduk sama di meja rundingan kerana pemimpin itu merupakan seorang pengganas dan terlibat secara langsung dalam negara yang menyokong keganasan.
Justeru, penglibatan Bashar disifatkan boleh menimbulkan konflik untuk masa depan Syria.
"Bagaimana kita mahu berbincang untuk mewujudkan masa depan dengan pemimpin yang telah bertanggungjawab membunuh hampir sejuta rakyatnya?" kata Erdogan pada sidang media bersama Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi, selepas menamatkan lawatan empat harinya ke negara itu.
Turki antara negara yang menerima kebanjiran pelarian dari Syria, kesan konflik perang saudara sejak 2011.
Dalam sidang media sama, Erdogan dan Essebsi mengulangi pendirian menolak pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
"Baitulmaqdis adalah had kami. Sebarang usaha ke atas status kota lama itu yang menggugat kesuciannya tidak boleh diterima sama sekali," tegas beliau.
Menurut Erdogan, Turki akan meneruskan usaha mendesak komuniti antarabangsa mengiktiraf Palestin sebagai negara, termasuk dari negara-negara Eropah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Erdogan
#Israel
#keganasan
#pelarian
#pengganas
#presiden
#Syria
#Tunisia
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan