awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Trump ucap selamat menyambut Ramadan

Bernama
Bernama
05/03/2025
09:37 MYT
Presiden Trump ucap selamat menyambut Ramadan
Trump menyifatkan Ramadan sebagai bulan suci yang memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan penuh keimanan dan kebaikan. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di AS dan seluruh dunia.
Dalam mesejnya yang diterbitkan di laman sesawang Rumah Putih pada Isnin, Trump menyifatkan Ramadan sebagai bulan suci yang menggalakkan amalan berpuasa, beribadah dan muhasabah, sekali gus memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan penuh keimanan dan kebaikan.
"Ketika jutaan Muslim Amerika memulakan ibadah Ramadan, pentadbiran saya terus komited untuk mempertahankan kebebasan beragama yang menjadi sebahagian penting dalam cara hidup rakyat Amerika.
"Lebih daripada itu, kami memperbaharui tekad untuk membina masa depan yang aman serta menghormati maruah setiap insan.
"Sempena Ramadan ini, saya mengucapkan selamat menjalani bulan penuh keberkatan dan moga memperoleh kasih sayang serta rahmat-Nya yang tiada batas. Semoga Tuhan memberkati anda dan keluarga sepanjang musim yang indah ini," katanya.
Ucapan itu turut dikongsi oleh Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi laman sesawang rasminya.
Umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa pada hujung minggu lalu, dengan kebanyakan negara seperti AS, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Turkiye bermula pada Sabtu, manakala Malaysia, India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka memulakan ibadah puasa pada Ahad.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ucap selamat Ramadan
#Umat Islam
#amalan berpuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan