awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pro Palestin hantar 'jenazah', pulang barangan yang dibeli di Zara

Gempak
Gempak
15/12/2023
01:40 MYT
Pro Palestin hantar 'jenazah', pulang barangan yang dibeli di Zara
Menerusi potongan video yang disiarkan DailyMail.uk, pemprotes kelihatan memasuki butik dengan membawa bendera Palestin, sepanduk dan 'jenazah kanak-kanak'. - Foto Gempak
NATIJAH mempersembahkan kempen terkini yang diberi nama 'The Jacket', dengan memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan, selain boneka pakaian dibalut dengan kain putih, terus menimpa jenama pakaian Zara.
Kempen tersebut disifatkan menggambarkan kempen genosid di Gaza dan tidak sensitif terhadap nasib malang yang menimpa rakyat Palestin.
Meski sudah menarik balik kempen iklan tersebut dan membuat kenyataan rasmi dengan menyatakan kekesalan mereka namun itu tidak dapat menghentikan golongan pro Palestin.
Butik-butik pakaian yang berasal dari Sepanyol tersebut terus diserbu oleh pro Palestin dengan kebanyakan daripada mereka memulangkan barangan termasuk baju yang sudah dibeli sebagai tanda protes.
Lebih ekstrem, para penunjuk perasaan datang dan menghantar ‘jenazah’ di butik tersebut.
Menerusi potongan video yang disiarkan DailyMail.uk, para pemprotes memasuki butik dengan membawa bendera Palestin, sepanduk dan ‘jenazah kanak-kanak’ yang ditinggalkan di atas kaunter.
Malah ada butik termasuk di Glaslow terpaksa ditutup kerana protes dan boikot yang dijalankan pro Palestin.
Zara diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Zara
#butik pakaian
#pro Palestin protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan