awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor kejam dipenjara 12 tahun, dera pelajar makan tahi

Agensi
Agensi
26/11/2015
15:14 MYT
Profesor kejam dipenjara 12 tahun, dera pelajar makan tahi
Menurut laporan, mangsa pada mulanya bertahan dengan penderaan tersebut kerana profesor itu menjanjikannya pekerjaan. - Gambar hiasan
Seorang bekas profesor universiti di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana mempunyai rekod memukul seorang pelajarnya selain memaksanya makan tahi dan minum air kencing.
Associated Press melaporkan pada Khamis, mahkamah Daerah Suwon telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas tiga orang tertuduh lain kerana bersubahat dalam penderaan jijik itu selama lebih dua tahun.
Pada awalnya pihak pendakwaraya telah meminta hukuman penjara selama 10 tahun bagi profesor berusia 52 tahun itu, namun hakim telah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kekejaman tindakannya itu luar biasa.
Pihak polis berkata, bekas profesor itu mula mendera mangsa yang berusia 29 tahun selepas mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.
Tiga lagi defendan juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi itu.
Profesor dan defendan-defendan lain itu sering memukul mangsa dengan kayu besbol dan alat lain. Mangsa juga telah membungkus kepala mangsa dengan beg plastik dan menyemburkan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu. Lebih teruk, mangsa juga telah dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.
Penderaan itu menyebabkan kecederaan teruk ke atas mangsa yang terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.
Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada awal tahun ini kerana tidak mampu menanggung azab penderaan itu.
Menurut laporan polis, mangsa pada mulanya bertahan dengan penderaan tersebut kerana profesor itu menjanjikannya pekerjaan.
Pada Ogos lalu, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan.
Topic Berkaitan
#dera
#kejam
#Korea Selatan
#profesor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan