awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program nuklear, rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2025
01:40 MYT
Program nuklear, rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan AS tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan. - Foto REUTERS
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat (AS) tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan.
Dalam satu temu bual pada Ahad, Abbas memberitahu bentuk Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) semasa tidak boleh dihidupkan semula memandangkan situasi program nuklear telah jauh berubah.
Araqchi merujuk kepada Perjanjian Nuklear 2015 Iran melalui JCPOA.
"Pada pendapat saya, JCPOA (Pelan Tindakan Komprehensif Bersama – perjanjian nuklear dari 2015) dalam bentuk dan teks semasanya tidak boleh dihidupkan semula dan tidak disarankan untuk kita juga kerana situasi nuklear kita kini telah maju begitu banyak sehingga kita tidak boleh kembali kepada keadaan dalam JCPOA.
"Kita telah melangkau jauh. Sekatan pihak lain adalah sama, mereka telah mengenakan banyak sekatan baru dan keadaan telah berubah. Selain itu, terdapat Kerajaan yang berkuasa yang telah menarik diri daripada JCPOA dan secara asasnya menentang JCPOA," katanya.
Pada 2018, AS, yang ketika itu di bawah pimpinan Presiden Donald Trump keluar dari perjanjian nuklear Iran 2015 dan enam kuasa besar termasuk mengenakan sekatan keras ke atas Iran.
Januari lalu, Araqchi memaklumkan, Iran tidak akan berunding dengan AS mengenai perkara nuklear kecuali Washington kembali kepada perjanjian nuklear 2015 atau mengumumkan dasar mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, awal bulan ini Trump menghubungi Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei mengenai berlaku kemungkinan perjanjian nuklear baharu sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan ketenteraan.
Trump memaklumkan telah menghantar surat kepada Khamenei, memberi amaran bahawa terdapat dua cara Iran boleh ditangani melalui secara ketenteraan atau membuat perjanjian.
Bercakap secara berasingan di CBS News, penasihat keselamatan negara White House, Mike Waltz, berkata AS melakukan pembongkaran menyeluruh terhadap program nuklear Iran.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#White House
#Iran
#Abbas Araqchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan