awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima perkembangan terkini Pelan Damai Gaza daripada El-Sisi

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
18/10/2025
12:51 MYT
PM Anwar terima perkembangan terkini Pelan Damai Gaza daripada El-Sisi
Anwar berkata, Presiden El-Sisi juga menyatakan harapan agar kunjungan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 membawa hasil yang positif. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menerima perkembangan terkini mengenai Pelan Damai Gaza daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menerusi satu perbualan telefon hari ini.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, Presiden El-Sisi juga menyatakan harapan agar kunjungan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 membawa hasil yang positif, memandangkan peranannya amat penting dalam menjamin keamanan yang berkekalan di Gaza.
Katanya, El-Sisi memaklumkan bahawa tumpuan kini diberikan kepada usaha mengenal pasti serta membawa keluar mayat tebusan rakyat Israel dari Gaza agar rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengah atau menggagalkan proses damai yang sedang diusahakan.
"Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan fasa kedua pelan tersebut, iaitu pembinaan semula Gaza, keperluan melindungi Tebing Barat, serta pelaksanaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).
"Dalam kesempatan tersebut, Presiden El-Sisi turut menyampaikan jemputan kepada saya untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir, sebagai sebahagian daripada usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemulihan Gaza," katanya.
Ujar Anwar, mereka berdua sependapat mengenai keperluan untuk terus mempertahankan keamanan, memperkukuh agenda kemanusiaan, dan menyelaras pelaksanaan misi bantuan bagi rakyat Palestin yang masih berdepan penderitaan berpanjangan.
Untuk rekod, fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh Amerika Syarikat telah dipersetujui oleh kumpulan Hamas dan rejim Israel.
Pelan 20 perkara itu, yang diumumkan pada 29 September lepas itu merangkumi pembebasan tawanan Israel di Gaza, gencatan senjata dan pelucutan senjata Hamas.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pelan Damai Gaza
#Anwar Ibrahim
#abdel fatteh el-sisi
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan