awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas di Caracas - Wisma Putra
Pemuda UMNO sedia jadi jambatan Muafakat Nasional 2.0
21 ditahan di Hong Kong, terlibat rasuah penyelenggaraan bangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek HSR: Singapura sedia berunding semula demi 'semangat kerjasama bilateral'

Agensi
Agensi
01/10/2018
12:03 MYT
Projek HSR: Singapura sedia berunding semula demi 'semangat kerjasama bilateral'
Laporan yang disiarkan portal Channel NewsAsia pada 1 OKtober 2018.
Singapura boleh saja menolak permintaan Malaysia yang mahu menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), dengan menguatkuasakan hak undang-undang atas pembatalan dan meminta pampasan dari Malaysia.
Namun, Singapura membuat keputusan untuk mencari ‘penyelesaian alternatif’ bagi masalah tersebut ‘atas semangat kerjasama dua hala’, terutamanya selepas Malaysia menegaskan bahawa projek itu akan diteruskan pada masa akan datang.
Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Parlimen republik itu pada Isnin, lapor portal berita Channel NewsAsia.
Kedua-dua negara secara rasmi bersetuju untuk menangguhkan projek HSR pada 5 September, selepas kerajaan baharu Malaysia terbentuk.
Menerusi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, satu permohonan rasmi telah dibuat kepada Singapura untuk menunda projek itu dalam tempoh tiga atau empat tahun.
Perkhidmatan HSR kini dijangka bermula pada 1 Januari 2031, dan bukannya pada tarikh asal iaitu 31 Disember 2026.
Boon Wan berkata, penolakan permohonan itu sepatutnya selari dengan perjanjian bilateral yang ditandatangani kedua-dua negara pada Disember 2016.
“Selepas itu, jika dan apabila Malaysia sekali lagi bersedia untuk meneruskan projek itu, kita akan membincangkan perjanjian dua hala yang baharu,” ujarnya.
Pembangunan HSR akan digantung sementara sehingga 31 Mei 2020 – dua tahun selepas pembentukan kerajaan Malaysia baharu.
Boon Wan menjelaskan, selepas dua tahun, jangkaan kos semasa tidak lagi sah, sekali gus akan ‘memberi kesan pada daya saing projek dan perniagaan’.
“Tempoh penangguhan yang lebih panjang juga akan menjejaskan pelan pembangunan daerah Jurong Lake, yang menjadi tapak Terminal HSR Singapura, selain banyak lagi perancangan pembangunan pengangkutan, komersial, kediaman dan rekreasi,” ujarnya.
Tambah Boon Wan, Singapura sedia untuk berunding tentang matlamat mengurangkan kos berkaitan projek itu, namun tidak semestinya akan menerima secara terus sebarang cadangan.
“Semua cadangan dari Malaysia akan dinilai secara objektif dan berhati-hati,” katanya.
Topic Berkaitan
#HSR
#kereta api laju
#Khaw Boon Wan
#Malaysia
#Mohamed Azmin Ali
#pembangunan
#pengangkutan
#projek
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan