Skip to main content

Dunia

G7 ikrar sedia ambil langkah sokong bekalan tenaga global - Jepun

Seorang pengguna mengisi minyak di sebuah stesen di Berlin, Jerman, 2 Mac, 2026. REUTERS
Seorang pengguna mengisi minyak di sebuah stesen di Berlin, Jerman, 2 Mac, 2026. REUTERS

Advertisement

TOKYO: Negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) menegaskan kesediaan mereka untuk menstabilkan bekalan tenaga global, termasuk dengan menggunakan rizab minyak, kata menteri industri Jepun pada Selasa selepas menyertai mesyuarat maya menteri tenaga G7 susulan perang Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, lapor Kyodo News.

Perbincangan itu diadakan ketika kebimbangan meningkat terhadap ketidakstabilan pasaran minyak global berikutan peningkatan konflik di Asia Barat

Kumpulan Tujuh adalah forum tidak rasmi yang menghimpunkan tujuh ekonomi paling maju di dunia iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement