awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
432 anggota pasukan tindakan kecemasan dikerah sempena Tahun Baharu Cina - PLUS
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek perluasan Masjidil Haram diteruskan dengan kos melebihi SR200 bilion - Menteri Haji Saudi

Bernama
Bernama
13/10/2022
20:05 MYT
Projek perluasan Masjidil Haram diteruskan dengan kos melebihi SR200 bilion - Menteri Haji Saudi
Fasa ketiga projek perluasan Masjidil Haram telah disambung semula pada Mei 2020 selepas beberapa bulan dihentikan ekoran wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) menyatakan projek perluasan Masjidil Haram masih diteruskan dengan kos setakat ini melebihi SR200 bilion (ASD53.33 bilion).
Menterinya Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah dalam sidang akhbar yang diadakan di Kaherah, Mesir baru-baru ini berkata projek perluasan dan pembinaan yang dianggap terbesar dalam sejarah itu tetap akan diteruskan demi keselesaan jemaah haji dan umrah.
Petikan kenyataan beliau dalam bentuk infografik disiarkan menerusi akaun rasmi MOHU di Twitter pada Selasa.
Al Rabiah yang berada di Mesir minggu lepas menambah, kerajaan negaranya komited memberi khidmat terbaik kepada jemaah berdasarkan Wawasan 2030 yang menerima pakai pembangunan perkhidmatan untuk jemaah selain menaik taraf semua kemudahan dan prasarana.
Al Rabiah menjelaskan pembangunan projek Kereta Api Ekspres Haramain Makkah-Madinah memudahkan pergerakan pengunjung dari dalam dan luar Arab Saudi untuk sampai ke tapak suci, telah menyaksikan perkembangan ketara daripada segi infrastruktur dan organisasi.
Beliau turut menyebut pelancaran platform digital terbaharu "NUSUK", bagi memudahkan prosedur ketibaan jemaah umrah dari seluruh dunia ke Makkah dan Madinah.
"Pakej umrah (menerusi NUSUK) boleh ditempah dan visa dikeluarkan dalam masa kurang daripada 24 jam," katanya seperti dipetik dalam infografik berkenaan.
Menurut Saudi Press Agency (SPA), fasa ketiga projek perluasan masjid agung berkenaan telah disambung semula pada Mei 2020 selepas beberapa bulan dihentikan ekoran wabak COVID-19.
Projek perluasan terbaharu itu melibatkan penambahan kapasiti Mataf (dataran Tawaf) sebanyak 30,000 lagi jemaah, pemasangan 78 pintu pagar automatik, penambahbaikan sistem bunyi, pembangunan sistem kamera pengawasan dan sistem amaran kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Masjidil Haram
#Kementerian Haji dan Umrah
#projek perluasan Masjidil Haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan