awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes anti-PBB: 3 anggota ATM di Congo selamat dipindahkan dari Goma - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2022
04:16 MYT
Protes anti-PBB: 3 anggota ATM di Congo selamat dipindahkan dari Goma - Hishammuddin
PBB turut mengesahkan seorang anggota pengaman dan dua polis PBB maut di Butembo, salah sebuah kawasan yang turut berlakunya protes. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat.
Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Hishammuddin memaklumkan mereka telah dipindahkan dari Goma.
"Atas sebab keselamatan, lokasi dipindahkan tidak akan didedah," memetik kenyataan beliau.
Ahli Parlimen Sembrong itu pada masa sama memohon rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan anggota di sana.
Berhubung situasi di Goma, Congo ketika ini; 3 anggota ATM yang bertugas di @MONUSCO telah dipindahkan dan sekarang berada dalam keadaan selamat. Atas sebab keselamatan, lokasi dipindahkan tidak akan didedah. Mohon rakyat Malaysia terus doakan anggota kita di sana.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) July 27, 2022
Tindakan mengeluarkan anggota pengaman itu adalah susulan protes anti-PBB yang telah berlangsung selama tiga hari.
Jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut pada hari kedua protes itu.
Lima maut di Goma, dengan lebih 50 lagi cedera.
PBB turut mengesahkan seorang anggota pengaman dan dua polis PBB maut di Butembo.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Angkatan Tentera Malaysia
#protes anti-PBB
#United Nations
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan