Protes HK: Ibu bapa cari anak di kampus universiti

Isabelle Leong
November 19, 2019 23:54 MYT
Penunjuk perasaan diberkas pihak berkuasa ketika mereka cuba keluar dari kampus Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU), 19 Nov, 2019. REUTERS
SUSULAN pihak polis mengepung Universiti Politeknik Hong Kong pada Isnin, ibu bapa pelajar universiti tersebut terpaksa datang ke kampus untuk mencari anak-anak mereka.
Pelajar tersebut terperangkap di dalam kampus di mana penunjuk perasaan berkumpul sejak minggu lalu, menjadikannya antara lokasi panas ekoran pergolakan politik yang telah berlarutan selama lebih lima bulan.
Terdahulu, satu perjanjian diputuskan membenarkan penunjuk perasaan di bawah umur 18 tahun meninggalkan kampus berkenaan jika mereka dijemput ibu bapa atau penjaga.
Polis tidak menahan mereka, sebaliknya sekadar mencatatkan butiran mereka.
BACA: Protes HK: Penunjuk perasaan guna tali, lari dari kawasan kampus
BACA: Rakyat Malaysia tidak resah, masih berasa selamat di Hong Kong
Pada Selasa, ibu bapa yang hadir kelihatan memeluk anak-anak mereka sebelum meninggalkan kawasan kampus terbabit.
Di luar premis pula, terdapat sekumpulan ibu bapa yang merayu supaya anak-anak mereka dibenarkan keluar daripada kampus itu.
Pada Selasa, dilaporkan kira-kira 100 penunjuk perasaan anti-kerajaan masih bersembunyi di universiti tersebut.
Mereka dilaporkan dalam keadaan buntu akibat bekalan makanan yang semakin kurang selepas polis mula mengepung universiti itu.
#Hong Kong #ibu bapa #kampus #Penunjuk perasaan #pergolakan politik #protes #universiti #Universiti Politeknik Hong Kong